Alhamdulillah, akhirnya niatku untuk menjejakkan kaki ke universiti pendidikan ini terlaksana. Selepas tamat program matrikulasi lagi aku sudah bercita-cita untuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Ini kerana hasrat ibuku yang mahu melihat anaknya menjadi seorang guru walaupun ketika itu aku tidak berminat untuk menjadi seorang guru.
Aku suka membuat refleksi tentang diriku, percayalah!!, aku sampai ketahap ini adalah kerana aku sentiasa mengutamakan saranan ibuku. Doa-doanya membawa aku ke medan ini. Thank you, mom.
Aku pun tidak tahu dimana kekuatan aku semasa aku belajar di tanjung malim ini. Tetapi keadaannya jauh berbeza semasa aku menuntut di UITM dulu. Semangatku membuat presentation dan microteaching tidak seperti yang ku rasai sebelum ini.
B.I.G (bina insan guru), “the big day as our big heart”. >>itulah kenyataannya. Sepanjang berada di UPSI ini, inilah detik yang aku rasakan amat bererti. Ini kerana modul-modul yang disediakan sepanjang berada di kem ini amat melengkapkan diri kami sebagai seorang guru. Aku amat berterima kasih kerana ditemukan dengan En.Aziz Bin Yatim salah seorang pensyarah dan juga kaunselor upsi. Walaupun tempoh BIG itu singkat, namun beliau telah mengisi hati-hati ikhlas kami dengan pengalaman-pengalaman beliau, nasihat tentang cara dan gaya seorang guru yang disukai dan dihormati pelajar dan sebagainya. Pendekatan A-A (adult-adult) amat meninggalkan kesan pada diriku. U I love.
Kami juga diperkenalkan dengan satu lagu yang amat puitis, yang amat menyentuh perasaan. Pada mulanya aku sendiri kurang yakin dengan bait-bait lirik yang ditulis, namun setelah berulang kali aku menyanyikan lagu ini, barulah kutahu isi nya yang mendalam.
Lagu: harga remaja Berapakah sebenarnya harga remaja, Yang bersih dari gelora kecewa, Berapakah sebenarnya harga remaja, Bagaai kan kehijauan pohon di perjalanan Korus:Dengan apakah akan kau penuhi Piala remaja mu adakah cuka Kesangsian dari cinta murah atau madu Ajaran dari ilmu susah, Remaja amat mahal sesungguhnya, Tiada terbeli oleh perjanjian Remaja amat mahal sesungguhnya Harga remaja pendirian keberanian
Segala-galanya kusimpan dalam memori ku supaya menjadi pedoman sepanjang ku berada di alam ini.
Aku suka membuat refleksi tentang diriku, percayalah!!, aku sampai ketahap ini adalah kerana aku sentiasa mengutamakan saranan ibuku. Doa-doanya membawa aku ke medan ini. Thank you, mom.
No comments:
Post a Comment