L

Saturday, March 26, 2011

" JasaMu Dikenang"...

25 dan 26 hb Mac sekolah kami terharu dan sedih dalam suatu majlis perpisahan yang ku anggap majlis yang penuh bermakna. Aku tak tahu nak tafsirkan perasaan ku bagaimana. yang pastinya aku terasa "kehilangan" dengan pertukarannya ke sekolah lain. Dia seorang yang tenang. Tenang menghadapi segala kerenah kami, tenang dalam menyelesaikan tugas, tenang dalam setiap langkahnya. 

Dia seorang pemimpin yang banyak berjasa, banyak menghadapi suka duka bersama kami.. Pn Hajah Azizah, setiap detik yang berlalu terlalu pantas. Genggaman terurai dengan linangan airmata, dengan hati yang berat buat seorang guru yang masih perlukan didikan dan asuhan dari seorang pemimpin yang berpengalaman.. Tuhan, rahmatilah setiap perjalanannya.

masih ku ingat lagi saat aku kehilangan atuk, aku tak tahu nak sampaikan dekat siapa perkhabaran itu, aku menangis, baru ku ingat, Puan Azizah yang aku sampaikan mesej sebelum memulakan perjalananku untuk pulang ke kampung. dengan tangan yang terketar-ketar, aku menaip mesej kepadanya, dia dengan lembut dalam mesejnya menyabarkanku dan bertanya aku berada dimana. 

Rupa-rupanya hari itu lah jua, dia mendapat surat pertukaran ke sekolah lain. Dia bagaikan ibu, bagaikan guru buatku, ketegasannya, kesabarannya mengingatkan aku tentang emak yang bersusah payah untuk membesarkan anaknya. melalui rakan-rakan, mereka menyampaikan seluruh sekolah menangisi khabar pertukarannya, kami kehilangan "suara" kami..

Buat puan azizah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermanja, jangan lupakan kami, kerana setiap kali  kami ke sekolah, kami sentiasa ingat Pn, meronda, memberi teguran dan pesanan dalam menjalankan tugas seharian menjadikan kami guru yang HEBAT!!!




Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud



AL-Fatihah...

3 MAC 2011

Aku menahan tangis.....
Tuhan, berikanlah kekuatan buat diri hambaMu yg lemah ini. menempuh segala dugaan. Pemergian atuk yang menjadi tempat bermanja betul-betuk meninggalkan kesan yang mendalam. Teringat segala yang dikorbankan buat seorang cucu.. Ikan keli yang menjadi kegemaran ku tidak lagi dapat dirasai dengan mudah tanpa atuk yang selalu bertanya tiap kali kakiku menjejak rumah atuk di kampung. Aku seorang cucu yang hanya menumpang kasih hanya beberapa ketika, tetapi memorinya amat besar.. Teringat nenek yang berseorang di kampung tanpa ditemani suara atuk mengaji tiap-tiap malam. Aku ingin kembali menjaga warisan iaitu nenek dan moyang yang sudah uzur, namun apakan daya ini yang perlu aku tempuh buat menyusuri hidup dan memikul tanggungjawabku sebagai seorang pendidik.

Doaku buat atuk semoga atuk bahagia disana..