L

Thursday, August 11, 2011

AL-FATIHAH..MOK....

...ASSALAMUALAIKUM, semua....SALAM RAMADHAN...

hurmm, da lama saya tak update blog, bukan sebab ape, saya terlalu tak de masa tuk berceloteh panjang disini memandangkan saya tumpukan mata saya pada benda lain, malam ni lain terasa seperti ingin saja tangan ini menari-nari diatas keyboard yg tak mengerti apa-apa ni...

Sy berbuka puasa ala- kadar  sahaja malam ni, tapi entah kenapa sy memilih tuk berbuka dengan nasi dan ikan keli goreng...Suapan terakhir tiba-tiba terhenti, sebak menguasai dada. sy tersedu di meja makan. ya ALLAH, tak sepatutnya dihadapan rezeki sy bersikap begitu, menangis dihadapan rezeki seolah-olah menolak rezeki yang ada. Sesungguhnya bukan ini yang saya pinta, saya tiba-tiba teringat pada Allahyarham, atuk yang saya panggil ayoh. Setiap kali sy balik ikan keli inilah yanga ditanya, lebih2x lagi di bulan puasa. kasih seorang atuk yang sy ingat hingga ke akhir hayat sy. Sy meninggalkan meja makan buat seketika. Berdiam diri. 

Sy ke bilik tuk menunaikan solat maghrib, selesai semayang maghrib sy berehat seketika sementara menunggu azan isyak, pukul 9 lebih emak sy yakni ibu saya menelefon sy, pangillan pertama tidak sempat sy angkat,segera sy menelefon mak sy dengan hati yang tidak senang. Adik menjawab panggilan tersebut mengatakan bahawa moyang saya a.k.a mok sy telah pergi buat selama-lamanya, sy bagaikan tidak percaya, terasa kosong, sehinggalah mak yang berada di talian mengesahkan berita itu. 

Dalam fikiran sy ketika itu hanya rasa ingin segera berada dikampung, setelah membuat beberapa panggilan, sy mengambil keputusan tuk balik esok sahaja ke kampung. Sedar-sedar sy sudah terlewat tuk bertarawih di surau.  Selesai menunaikan solat isyak, sy membacakan yasin buat Allahyarhamah. sebak dada saya mengenangkan insan yang saya panggil mok ini.

Setelah 'ketiaadaan' atuk pernah sy merancang tuk tinggal di sana. menjaga kedua-dua insan yg saya sayang iaitu Allahyarhamah mok dan nenek, akan tetapi tuntutan kerja tidak membenarkan itu lebih2x lagi sy masih baru dalam bidang ini. Teringat detik sy menguapkan nasi untuk mok sambil menyebut kalimah-kalimah suci, menyanyi kecil smbil melihat dia makan. sy sedih... Saya tahu saya cicit yang agak kurang mendampingi dia, tetapi sy tau dia sygkan sy, sehinggakan apabila org lain menguapkan dia nasi, dia mesti menegur "ni yana ke, bila mu balik".Sy masih ingat, mok pernah menghulurkan duit kepada sy kerana mendampingi dia, menyuapkan dia nasi dan menguruskan dia, sy cakap, mok simpan la duit tu, nnt mok nk beli apa2..Die tetap menyelit note RM5 kedalam tangan sy, membuatkan sy serba-salah, ketahuilah mok pengorbanan mok lebih besar dari penjagaan sekecil zarah yang sy buat, akhirnya duit tu sy berikan balik pada nenek, nenek tersenyum... Dia terlalu dambakan kasih-sayang dr kami pewaris-pewaris dia. sy masih ingat lagi matanya berair saat sy membisikkan yang atuk telah tiada mungkin dia membayangkan ajal nya yg kian mendekat.

Terdetik dihati, 
'Maafkan sy mok, selama ini sy terlalu sibuk dengan dunia sehingga tidak ada masa yang lama untuk menjaga, mengasihi dan mendampingi mok, sy cicit yg yg terlalu mementingkan diri sendiri, sehinggakan sy jarang2x  balik tuk memberikan layanan yg paling bagus buat mok, namun mok, sy pernah ada keinginan untuk melakukan semua tu, sy ingin memandikan mok, membedak dan menyikat rambut mok. Sy minta maaf mok, keinginan sy tuk bersama mok ttp ada mok. maafkan jua atas kesalahan sy tidak menghantar mok ke hospital setiap kali mok sakit'....

Esok, sy tak tau sy sempat tak mencium dahi mok buat kali terakhir, sy berharap Tuhan memperkenankan doa sy tuk berjumpa mok. sy sygkan mok, AL-FATIHAH buat mok setiap kali airmata ini mengalir mengingati mok... Buat Mok, semoga hny ketenangan menghuni kehidupan mu disana..

No comments:

Post a Comment