L

Thursday, January 6, 2011

27 September 2010

Alhamdulillah…aku dipostingkan ke sebuah sekolah dalam daerah Klang. Aku bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Tuhan buatku. Sujudku hanya pada Mu Ya Allah… setiap jerit, niat, bisikku hanya Kau yang tahu. Semoga Tuhan memberkati jalan hidup ku…Amin..

Sekolah yang bakal menerima baktiku adalah SMK Sungai Kapar Indah. Aku menjejakkan kaki ku kesekolah ini dengan harapan dan semangat baru semoga aku dapat membaiki diri, mencari pengalaman dan melaksanakan tugas-tugasku dengan baik. Perasaan ku amat gementar sekali, namun hidup ini perlu diteruskan, perjalanan ini perlu diteruskan.

Dan aku bahagia bertemu dengan anak-anak yang cepat mesra, mudah ketawa, dan senang bercerita dengan ku. Aku halusi mereka dengan pengalaman-pengalaman ku sebelum ini.

Hari pertama (28 September 2010) aku masuk ke kelas adalah hari yang paling menakutkan. Ini kerana aku sukar untuk berkomunikasi dengan mereka, tambahan pula kelas agak bising. Aku kekok untuk mengenali mereka, gambaran ku  sebelum ini amat berlainan sekali. Mengajar di sekolah yang ku anggap ‘bandar’ ini amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Aku masih ingat kelas pertama yang aku masuk adalah kelas 2 Gigih. Apabila ku pandang wajah-wajah tanpa takut anak-anak kepada ku aku mula berfikir, dimana aku, apa yang perlu aku buat untuk menarik perhatian mereka. Aku bersabar dan bertenang. Anak-anak lansung tidak memandang kearah ku, nasib baik dalam suasana begitu ada yang bertanya, cikgu ganti guru kami ke? Aku pun berbual dengan anak itu, dia berkata keadaan kelas selalu begini jika guru baru masuk atau tiada guru masuk. Aku meneguk air liur. Dalam hatiku berkata mereka perlu diserap dengan rasa hormat kepada guru dan orang lain.

Kelas yang seterusnya aku masuk adalah kelas yang agak ok dari segi pencapaian- kelas 2 Dedikasi. Alhamdulillah, mereka lebih ‘friendly’ dan ada rasa hormat pada guru. Aku memperkenalkan diri dan meyampaikan sedikit pesanan buat mereka.

Renungan ku;
Tidak semua orang bernasib baik dalam hidup mereka. Begitu juga anak-anak. Hanya yang betul-betul yakin boleh Berjaya akan Berjaya. Sebagai guru bagaimana hendak meyakinkan mereka bahawa mereka boleh Berjaya?. Dan aku berharap ada jalan untuk mereka Berjaya dan menjadi manusia yang berguna.

Hari-hari yang ku lalui seterusnya adalah hari-hari suka dan duka. Setiap hari selepas balik dari sekolah aku sentiasa berfikir untuk memperbaiki mutu pengajaran ku. Sekurang-kurangnya setiap hari, ada perkara yang masuk ke dalam minda, hati dan sanubari anak-anak supaya mereka tidak mudah lupa dimana mereka. Supaya mereka tidak mudah jatuh tersungkur dalam dunia yang penuh cabaran ini. Supaya ada sesuatu yang menjadi azimat buat mereka untuk terus berada dikalangan orang yang baik. Semua guru mengharapkan perkara yang sama. Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru dibalas dengan airmata gembira.

Teringat pada kata-kata ini:
“Jika seorang doktor melakukan kesilapan, satu nyawa mungkin terkorban, tetapi jika seorang guru melakukan kesilapan, satu generasi akan musnah”


Perkhemahan di Janda baik, Pahang

Antara guru yang menyertai perkhemahan tersebut



Aku dan anak-anak. Peace!!!

Perhimpunan Guru 1Malaysia di Bukit Jalil


Hari Konvokesyen UPSI

1 comment:

  1. Top Casino and Resort Locations in San Jose - Mapyro
    Mapyro 광양 출장샵 San Jose is San Jose's premier Casino and Resort with 제주 출장샵 more 여주 출장샵 than 2,300 slot and video poker machines, a AAA 광양 출장안마 Four Diamond rated 논산 출장마사지 and rated

    ReplyDelete