Aku menjalani latihan mengajar di SMK Ketereh, SMK Ketereh menyambutku dengan manis sekali, pertemuan dengan mekni, mekzah, k.gee dan fikri sebagai rakan latihan mengajar juga menarik. Taman orkid kami menjadi bukti hasil usaha kami. Walaupun kami masih baru, kami amat teruja di pentas persembahan sempena hari guru. Lagu kisah guru praktikal kami dendangkan dengan bersemangat sekali. Siapa lagi yang ingin mulakan kalau bukan kami? Walaupun agak gementar, guru perlu sporting, baru lah pelajar akan menghargai dan seterusnya menghormati. Itulah tujuan kami. Terima kasih kawan-kawan.
Aku tidak tahu dimana kemanisan itu bermula, tetapi kurasakan mendidik anak-anak diperingkat yang kuanggap remaja ini lebih seronok berbanding anak-anak kecil. Debaran aku pada mulanya, tidak berterusan malah sehari ke sehari aku seronok bertemu dengan mereka. Tingkatan 4 Akik, 4 Beta dan 5 Firus menjadi ruang aku mengenali mereka. Setiap kali aku masuk kelas, aku akan hiasi kelas kami dengan ceria, aku tidak serius semasa mengajar, tetapi aku pastikan pelajar-pelajar ku faham dengan apa yang diajar dan memastikan mereka membuat kerja. Anak-anak penyambung generasi ini kuanggap amat memerlukan aku sebagai seorang guru. Aku jadikan mereka kawan, tetapi syaratku kena menghormati aku. Mereka juga aku sarankan berjumpa ku jika ada masalah.
Maha Suci Allah, aku berjumpa anak-anak yang riang, mendengar cakap dan amat mesra dengan ku. Tempoh 3 bulan itu kurasakan amat sekejap. 4 Akik, 4 Beta, 5 Firus, dan kelas-kelas lain, cikgu amat sayangkan kamu semua. Setiap langkah cikgu adalah langkah-langkah kamu. May Allah bless all of you.
Reaksi dan tanggapan dari anak-anak terhadap diriku amat penting. Ini kerana aku sentiasa boleh merubah sikapku, gaya pengajaran dan lain-lain. Alhamdulillah melalui laman maya facebook, reaksi mereka amat positif. Ada yang buatkan video, ada yang berterima kasih dan ada yang mengatakan amat rindu untuk melihat aku masuk ke kelas mereka semula. Tak lupa juga yang tidak tahu langsung aku bakal meninggalkan mereka dan terkejut apabila melihat aku tidak ke kelas. Alahai, anak-anakku…… terima kasih banyak-banyak untuk semua penghargaan itu, apa lagi yang lebih bermakna dari semua ini.
|
Anak-anak tengah belajar kawad |
|
Baris!!, Baris Sedia!! |
|
Perkhemahan Badan Beruniform di Agrotek Setiu
|
|
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah |
|
Kelas Tambahan Matematik |
|
Jamuan Perpisahan Cikgu Liana |
|
''Taman Orkid Jadi Saksi'' |
|
Mekzah, Mekni dan Aku. Fikri dan K.G tak leh masuk sebab diaorang da kawin. hehehe |
Setelah habis latihan mengajar, maka tamatlah pengajian aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Segala ilmu, pengalaman dan nasihat yang berguna dari pensyarah, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan ku selitkan dalam memori menjadi azimat yang paling bermakna dalam hidupku. Syukur Ya Allah diatas anugerah ini. Semoga amanah ini dapat ku laksanakan dengan baik sepanjang aku di bidang ini. Amin.
No comments:
Post a Comment