Aku diberi peluang lagi kali ini. Sekolah yang bakal ku tuju adalah SK Perasu dan aku diminta mengajar subjek Matematik (subjek kegemaranku). Tuhan, Permudahkanlah Jalan ku….
Kali ini aku sudah berpengalaman menguruskan kelas, perancangan sebelum ke kelas dan sebagainya. Subjek kegemaran ku, ku jadikan subjek kegemaran anak-anakku. Alhamdulillah selepas aku mengambil alih kelas tersebut, beberapa orang pelajar telah mendapat A (sebelum ini hanya B). Aku telah menjadi guru kelas 5M. Perubahan demi perubahan aku buat untuk menarik minat anak-anakku belajar.
Kuhias kelas mereka setelah habis waktu sekolah, aku minta emak jahitkan langsir dan hampir setiap minggu kelas tersebut menjadi Kelas Terbersih dan mendapat trofi. Anak-anakku amat seronok sekali. Emosi mereka ku jaga.
Aku juga telah mengikuti lawatan ke Melaka- KL bersama-sama anak-anakku. Ketika ini lah juga aku diuji kerana aku telah terlepas menduduki peperiksaan MTest KPLI. Hati aku berbisik tenang “mungkin ini rezeki anak-anakku dapat bersama denganku”. Niatku hanya satu ingin melihat mereka tersenyum. Tersenyum menerima didikan kami. Aku amat bersyukur di alam ini aku ditemukan insan-insan yang amat memerlukan bimbingan untuk berjaya.
Hatiku berdebar apabila tiba kesekolah pagi ini, aku akan menyemak keputusan ujian MEDSI DPLI ku. Aku panjatkan doa kepada Tuhan semoga niatku tercapai.Laptop ustazah Hasnah ku pinjam. Aku menyemak keputusan ujian dan panggilan interview dengan penuh yakin. Alhamdulillah, airmata ku mengalir.aku Berjaya, ku peluk ustazah Hasnah dan berterima kasih kepadanya. Tuhan mendengar doa-doaku. Aku masuk kelas 3M, ku minta anak-anakku berdoa supaya aku berjaya dalam interview nanti… sedih aku mendengar permintaan mereka supaya aku mengajar mereka setelah aku berjaya nanti. Tangisan apa ini tuhan? Ikhlasnya jiwaku dengan jiwa-jiwa kecil yang masih mencari hidup. Aku mengerti kesusahan mereka, kesusahan kehidupan mereka yang rata-ratanya hanyalah bergantung kepada pendapatan kelapa sawit dan getah. pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa ku hadapi sepanjang aku berada di SK Perasu. Aku ditemukan dengan seorang ibu yang amat penyayang yang aku panggil Mek. Aku rindu dia, aku tinggal dirumahnya sepanjang 3 bulan aku mengajar. Aku hargai kasih sayangnya, betapa dia menyayangi aku persis anaknya sendiri. Namun……(aku biarkan airmata ini mengalir). Semoga dia sentiasa bahagia. Aku akan kenang budi dan jasanya hingga akhir hayatku.
Aku juga mengajar kelas intensif UPSR dan kelas tambahan pada hari-hari cuti sekolah.(aku amat berterima-kasih kepada guru besar dan guru-guru yang memberi peluang kepadaku) Aku gagahkan diriku menunggang motorsikal ke sekolah yang jauhnya berbelas-belas kilometer. Pokok-pokok kelapa sawit menjadi peneman setiaku.
Hari terakhir aku mengajar adalah hari setelah ku tahu keputusan interview DPLIku. Aku Berjaya !!!!!!!!!!!. dengan berkat doa aku dan orang-orang di sekelilingku. Aku hiaskan pertemuan terakhir kami dengan sedikit jamuan bersama guru-guru. Terima kasih SK Perasu (guru besar-En Zawani, dan cikgu-cikgu). P&P terhenti seketika ketika aku melangkah keluar dari sekolah, semua murid melambai ke arahku . aku pergi dengan perasaan sebak. Anak-anakku kutinggalkan demi satu impian, satu harapan dan satu perjuangan.
No comments:
Post a Comment