L

Saturday, October 15, 2011

TRW Lembah Klang

Alhamdulillah.......
Syukur ke hadrat ILLAHI kerana saya mampu lagi berpijak di bumi ALLAH untuk sesuatu yang amat bermakna dalam hidup saya. Dialam yang masih bujang, kudrat yang masih ada, setitis harapan untuk kekal berdiri bersama anak-anak bangsa yang kian layu di telan zaman. 

Sejak dari dulu saya berpendapat, dalam hidup ni, SEMANGAT yang menguatkan saya tuk terus kekal berjuang, kekal meneruskan kesinambungan pendidik-pendidik...

Saya bersyukur dijodohkan dengan TRW Lembah Klang, berbangga terhadap satu team yang hanya mengumpulkan penyokong-penyokong pahlawan merah yakni Kelantan pada mulanya. Banyak yang ingin saya banggakan, bukan hanya dari aspek kepimpinannya, malah dari segi mengumpulkan remaja dan dewasa dalam pelbagai aktiviti yang dirancangkan. Aktiviti yang mampu mengerakkan minda anak-anak bangsa.

Aspek pertama yang saya bangga ialah kami bukan dari satu rumpun negeri sahaja iaitu KELANTAN, malah dari pelbagai negeri lain. Bermula dengan Noor Hazami  Setiausaha Agong TRW Lembah Klang,berasal dari Perak, yang amat sukakan satu organisasi yang mampu berbuat sesuatu bukan sekadar menyokong, malah mengorganisasi, Shimmer Izumi, berasal dari Pahang, yang amat mementingkan semangat dan kesepaduan, dan lain-lain ahli. 

Aspek kedua saya amat berbangga di temukan dengan hero-hero malaya iaitu saudara Jay suhaimi yang cekap memimpin, saudara Wan Sham yang tangkas beridea, saudara Mat Jemy yang pandai berkira-kira, saudara Amer Gerrads , Zwan Ali, Amer Rezak, dan lain-lain (maaf sebab tak senaraikan semua) yang pandai mengatur program menjadikan TRW Lembah Klang lebih mantap bergerak.

Aspek ketiga adalah dari segi perancangan, idea, dan perlaksanaan aktiviti. Beberapa aktiviti yang dirancangkan MENJADI hasil usaha semua ahli. antaranya, kejohanan Futsal dan Lawatan Amal. InsyaAllah, pelbagai aktiviti akan menyusul.

Aspek keempat adalah semangat yang jitu, tidak mudah mengalah menjadikan TRW Lembah Klang amat disegani, ini dapat dilihat sewaktu pertemuan-pertemuan dan mesyuarat yang diadakan. Konsep turun padang yang disertai oleh semua ahli amat membanggakan. bersorak dalam suatu suara, beridea dalam suasana yang harmoni dan bersama dalam jatuh bangunnya The Red Warriors. Saya amat berbangga dengan sesetengah ahli yang komited dalam tugas seperti Shikin Omar, Shafiq Sudeen, dan lain-lain yang sentiasa menyediakan kemudahan buat ahli-ahli dengan kemudahan bas jika perlawanan yang melibatkan The Red Warrior jauh dari  kawasan Lembah Klang, dan menyediakan lokasi strategik di Restoran Wira Sejati seksyen 24 BIG SCREEN bagi yang tidak dapat mengikuti perlawanan di stadium.

Aspek kelima ialah aktiviti santai. Pelbagai aktiviti santai turut diadakan seperti Bowling dan lain -lain di laksanakan bagi merapatkan jurang antara ahli.

Aspek keenam, ikatan ukhwah terbina. Tiada kata tersimpul, hanya hati yang merasa, jika dari dulu saya tidak menyempitkan ruang hidup saya untuk berkawan,jika dari dulu saya tidak menurut kehendak hati untuk sesuatu yang tidak berguna langsung dalam hidup saya a.k.a cinta monyet, saya mungkin tidak terlalu lewat untuk merasai manisnya sebuah persahabatan. Alhamdulillah.......Tuhan mempertemukan saya dengan rakan seagama, sebangsa untuk saya terus berkongsi kehidupan di bawah RahmatNya.






Buat teman-teman,
Saya bangga dengan anda.
Mungkin diketika detik ini kita bertemu, bermesra,
Mungkin suatu hari terpisah jua,
Namun, ingin kukatakan,
Untuk perjalanan HIDUP ini terima kasih atas segalanya..........
Ayuh kita laksanakan sesuatu untuk kebaikan,
Untuk sesuatu yang dinamakan "AMANAH",
Bersama SEMANGAT yang tidak pernah luntur.......................................

KEMAH KEMING RAPAT JIKK,
TOK GOGEK SIKIT HABUK,
TOLOK TOK DEGIH,
TABIK TOK GETAR......


U I ♥...............................


3 comments:

  1. Terharu jugok baca walaupun nama ambo x dsebut....wlubgaimanapn, dharap berhati2 dlm langkah2 seharian...manusia ni mcm2 ragam...rambut je sama hitam...

    ReplyDelete
  2. ..la abe dio, tak perase abe dio komen bowoh nim, kito anggap dunia jah abe dio, tak caro mano kalo pelik2x gak, yg penting kito tahu gapo hok kito buat..

    ReplyDelete