L

Sunday, May 22, 2011

SELAMAT HARI GURU!!!!

Sudah lama rasanya aku tak update blog ni terase janggal tuk meluahkan isi hati.. Terlebih dahulu TAKZIAH diatas pemergian 16 orang termasuk anak yatim yang meninggal dunia tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat. Menitis airmata mengenang nasib mereka. Semoga roh mereka di cucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi mereka.

Bercerita tentang hari guru, wah teringat semasa mula-mula mengajar dulu, buat seloka, menyanyi, buat sketsa suruh anak-anak buat persembahan. Seronok sangat. Tetapi aku cukup kagum dengan kesungguhan beberapa pendidik SMK Sungai Kapar Indah yang tertungkus lumus menyediakan yang terbaik untuk sambutan hari guru peringkat sekolah. Terutamanya abangde Cikgu Wazir, Cikgu Din, Cikgu Nizam, Cikgu Amir dan lain-lain. Gempak dan menarik. Pelbagai lagu dan cerita dipersembahkan mengikut tema tahun ini iaitu RETRO. Masih terbayang-bayang lagu soley-soley dan tarian india yang mengasyikkan. Tahniah semua. Saya sebagai salah seorang guru yang diraikan berasa amat seronok dan berpuas hati. Jumpa lagi tahun depan ye.

Jutaan terima kasih buat anak-anak yang setulus hati memberikan hadiah yang amat bermakna. Pencetus semangat untuk terus mendidik. Terharu dan amat berterima kasih kepada kawan-kawan dan anak-anak yang memberi ucapan “Selamat Hari Guru”. 

Apalagi yang Lebih Bermakna Dari Senyuman kan?

K.A.M.I


"Life is Marvelous, Every Second Counts"
Thanks, Kids...U I ♥ Forever


Selamat Hari Guru buat seluruh pendidik di dunia. Jasa dan pengorbanan guru-guru hanya Tuhan yang mampu balas. Teringat kata-kata yang pernah ku dibaca guru adalah jutawan di akhirat.... You are shaker!!!... ~U I LOVE..~

No comments:

Post a Comment