ya Allah...Apalah perasaan ini...Dimana kekuatanku semasa mula-mula bertapak dulu?.... Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Ucapan yang bagaimana lagi aku ingin tuturkan buat anak-anak? anak-anakku yang semakin tidak mengenal dunia persekolahan mereka. Apa yang mereka mahukan untuk hidup mereka? Aku tak pasti,,...Sayunya hati..Bulan ini 5 org bakal ku hadiahkan mereka dengan surat amaran pertama kerana ponteng sekolah melebihi 10 hari tidak berturut-turut. Aku terpaksa. Aku taknak jadi faktor atau sebab kegagalan mereka. Salahkah aku Tuhan?
Ingin ku nyatakan faktor kejayaan seseorang adalah bermula dengan semangat. Namun aku tidak melihat semangat ini dalam diri anak-anakku. Harus bagaimana lagi? Perjalanan hidup yang tak semudah disangka ni menuntut mereka menguasai ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran supaya mereka boleh bersaing.
Menyingkap kembali kenangan lalu sewaktu aku dibangku sekolah.. Hanya airmata yang mengiringi hidup aku, rembesan dari kesusahan hidup, tak terniat pun untuk buat kedua-dua ibu bapa aku menangis kerana aku.. Mereka yang terlalu ikhlas untuk membentuk kehidupan aku, sehinggakan langsung tidak memikirkan tentang kehidupan mereka yang tanpa apa-apa. Sehinggakan aku berdendam pada sebuah kehidupan yang susah, sehinggakan aku ingin melihat suatu hari nanti aku boleh menghadiahkan sesuatu buat mereka.
Aku bersyukur Tuhan, pada masa dulu aku mampu buat mereka senyum. Senyum menerima hadiah hasil kejayaan ku, aku tersenyum menerima khabar abah yang mengambil trofi ku tatkala aku di Kolej Matrikulasi. Emak mengalirkan airmata bersyukur. Walaupun ketika itu kejayaan aku kecil berbanding kejayaan-kejayaan orang lain, namun itu lebih cukup buat aku. Aku gadis naif yang hanya merangkak untuk melihat kilauan-kilauan lain dihadapan ku,.
Kesusahan lain juga buat aku sedar tentang diri yang kerdil disisi Allah, buat aku sujud, buat aku percaya, kerendahan hati, keikhlasan jiwa adalah titik terpenting kehidupan.Menjadikan aku seorang yang pandai menghargai orang lain disekeliling, menyedari betapa besarnya sebuah amanah dan tanggungjawab dan berkongsi segala suka dan duka dengan orang lain. Hanya Allah yang tahu...Setiap nafas nadi ini untuk orang-orang yang memerlukan bimbinganku, pertolonganku..Aku pasrah dengan segala ujian dari ALLAH.....u i ♥..
No comments:
Post a Comment