L

Sunday, November 14, 2010

28 Ogos 2008~ 24 Oktober 2008

Kerjaya ku bermula apabila gerbang peluang  SK  Chalil membuka laluanku ke medan pendidikan. SK Chalil terletak hampir 30 kilometer dari rumahku. Aku masih ingat lagi ketika itu aku masih tidak berkerja dan sedang menunggu tibanya tarikh keramat konvokesyen ijazah ku yang pertama. Denyut jantungku tidak berhenti apabila menerima panggilan dari PPD Gua Musang untuk menjadi Guru Ganti Bahasa Inggeris. Aku tidak dapat menerima tawaran itu pada mulanya dan aku meletakkan panggilan telefon dengan perasaan yang bercampur aduk. Namun,  panggilan kedua dari PPD telah ku sambut dengan persetujuan untuk menerima tawaran tersebut. Ini  disebabkan pada masa itu aku memikirkan yang diriku masih tidak berkerja dan desakan dari ibuku.

Aku melangkah ke SK Chalil dengan debaran yang tidak tertanggung. Dalam fikiranku, mampukah aku menjadi pendidik yakni guru. Aku berjumpa dengan PK HEM, dan telah bersetuju untuk menyahut cabaran sebagai Guru Ganti mengantikan guru yang pergi berkursus. Aku tidak mengajar Bahasa Inggeris di atas sebab-sebab tertentu, matapelajaran yang kuajari adalah Bahasa Ibunda kita, Bahasa Melayu.

Aku bertemu dengan kakak-kakak pendidik yang begitu mengambil berat tentang aku. Mereka sangat ikhlas, sanggup mengajar di pedalaman demi anak-anak  bangsa. Masih segar memori itu, tak dapat aku singkirkan dalam kotak fikiran. K.wi, k.intan, k.mah, dan yang lain-lain. Special thanks to all of You..

Hari pertama ku masuk kekelas, aku pandang wajah-wajah itu, tanpa suara mereka. Mungkin agak takut dengan aku (maklumlah guru baru). Kemudian aku menyuruh mereka memperkenalkan nama, tempat tinggal dan juga cita-cita mereka. Ketika itu aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk memulakan kelas pertama ku, agak kekok. Dan lama kelamaan, aku mula mesra dengan mereka.

Saban hari aku merasakan beban seorang guru bukanlah semudah yang ku bayangkan sebelum ini, perasaanku kosong, sedih , hambar dan bersalah setiap kali murid-muridku tidak dapat menguasai pelajaran. Aku sentiasa berfikir cara untuk buat mereka seronok dan memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung.

Hari demi hari, aku lalui dengan suka dan duka seorang pendidik. Perkara yang paling aku tidak dapat lupakan ialah salah seorang muridku yang kerap tidak hadir ke sekolah, apabila ku tanyakan hal ini kepadanya, dia menjawab, “cikgu, saya tidak datang ke sekolah sebab saya tolong ibu dan bapa saya di ladang kelapa sawit”.murid itu baru berusia 8 tahun, sudah mengerti apa itu hidup. Tetapi sampai bila keadaan ini akan berlarutan? Dia masih berpeluang untuk mencari kehidupan yang lebih baik buat dia dan keluarganya. Aku hanya diam. Dalam hatiku aku berdoa semoga Tuhan mecelikkan akalnya supaya dia boleh berjaya suatu hari nanti. Banyak lagi cerita yang tidak dapat aku kongsikan disini, tetapi cukuplah aku mengatakan yang kehidupan anak-anak bangsaku masih lagi terpinggir.

Hari terakhir di SK Chalil mencatat memori yang tak boleh ku bayangkan dengan kata-kata. Harapan disampaikan dengan pena-pena merah yang dibeli sikecil-kecil ku di kedai koperasi sekolah. Luruh hatiku, walaupun semasa pengajaran dan pembelajaran mereka tidak memberikan kerjasama penuh namun, dihati mereka terselit hasrat murni seorang murid yang amat memerlukan seorang guru buat menemani perjalanan alam pendidikan mereka. Satu sekolah (semua darjah) bersalam denganku. Sejuknya tangan-tangan kecil mereka yang menyentuh jari jemari ku. Ku tahan sebak didada. Ku langkahkan kaki ku dengan penuh azam, bidang ini akan ku jejak suatu hari nanti.

Walaupun tempoh aku  mengajar di SK Chalil sudah berakhir, namun aku masih ke sekolah tersebut atas undangan rakan-rakan seperjuangan. Aku mengikuti perkhemahan unit beruniform bersama anak-anak ku.. sangat indah saat itu. Dan aku sempat berada di sekolah itu saat keputusan UPSR diumumkan. Kulihat sendiri seorang guru lelaki senior mengalirkan airmata diatas keputusan seorang murid. Tuhan, makbulkanlah doa guru itu sepanjang kerjayanya.  
Sambutan Hari Raya



"Big Work". k.mah dan k.ja sedang menyediakan bahan-bahan untuk BBQ kami.



Anak-anak ini tersangatla "sporting"!! really miss them

Memori yang masih segar di ingatan. Hanya di SK Chalil.  Jom mandi lata!!!.. cam tak percaya  pernah naik "Hilux" ni..hahaha

K.Intan, seorang kakak dan teman yang sangat "sporting"


Antara guru lelaki yang join.....

hehehe...takut air..
Bestiee!!

Siap bawa bekal


Wednesday, November 10, 2010

Mukadimah....

Ku buka blog ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim… dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Blog ini adalah rentetan pengalaman, perjuangan dan perjalanan hidupku sebagai seorang guru. Ku abadikan kisah-kisahku sini sebagai diari pena merah yang bertujuan memberi semangat, membimbingku, mengrefleksi diri andai aku jatuh atau tersasar di medan yang penuh cabaran ini.

Telah berkali-kali aku mengatakan pada diri sendiri bahawa aku ke medan ini bukan kerana gaji, bukan kerana nama, bukan kerana tiada peluang kerja lain tetapi aku berdiri di gerbang ini bersama peluh dan keringat ingin membangunkan anak-anak bangsa yang kian longlai duduknya, bangunnya ditelan zaman. Selamilah hati-hati pendidik yang mahukan setiap anak muridnya mencapai makna dalam hidup. Semoga setiap perjuangan guru-guru mendapat balasan setimpal dengan setiap langkahnya, setiap jerit pekiknya, setiap nasihatnya, setiap kata-katanya.. semua nya untukMu..


"Alamak!! garangnya cikgu ni"....Guru Penjinak Singa

Gaya Guru Romantik

Guru yang ''Caring"

Anda BAGAIMANA??.........