L

Monday, February 21, 2011

Falsafah Hidup Seorang Guru

Menurut Tuan Haji Hussain, setiap manusia perlu ada falsafah dalam kehidupan mereka, falsafah akan menjadi benteng atau guideline bagi seseorang individu itu dalam melakukan kehidupan seharian.

Ini adalah falsafah diri saya yang akan menjadi teras dalam kehidupan seharian saya.

Kemajuan diri saya ialah satu usaha yang berterusan untuk mencari, menguasai dan menyebarkan ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta berkelakuan terpuji agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menjadi modal insan yang berguna kearah pembangunan masyarakat dan negara. 

Semoga falsafah ini akan terus menjadi daging dalam diri aku... supaya BUDAYA ILMU sentiasa berkembang dan menjalar dan menjadi wadah dalam kehidupan anak-anak didikku.

Pengalaman Pegang Mic...

Tapak Perhimpunan SMKSKI
600~6.40 ptg

Tak tahu nk citer camne... a good start or a bad performance?.. tidak pernah seumur hidup ku berdiri dihadapan dan bercakap. sebagai guru yang bertugas minggu lepas aku disuruh oleh cikgu haliza untuk membacakan laporan bertugas mingguan. Tuhan sahaja yang tahu perasaannya..aku rasa aku teruk sangat. banyak komen yang aku dapat dari kawan-kawan. macam baca khutbah Jumaat la, macam baca berita la, terlalu bersemangat la. Ya Allah....how to build confident? hurmm.. baru aku terfikir, aku tak pernah diberi peluang untuk bercakap dihadapan kecuali sewaktu membuat presentation. betulla, teori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner, ada 9 kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh setiap individu, dan kita sebagai guru haruslah mengenali pelajar kita, pelajar harus diberi peluang untuk menonjol. 

how about confident?
pada pendapat aku keyakinan bermula di rumah, di sekolah dan di sekeliling kita. setiap orang mempunyai tahap keyakinan yang berlainan bergantung kepada bagaimana individu itu mengalami keadaan-keadaan sekelilingnya. ia berkait rapat juga dengan emosi dan stress yang ditanggung. bagi aku, keyakinan aku memang berkait rapat dengan sekeliling aku. mungkin disebabkan keadaan diri yang selalu tidak bersedia, selalu main-main, dan selalu takut dengan perubahan membuatkan kadang-kadang level of confident jadi jatuh teruk seteruknya.. lebih-lebih lagi tiada yang menyokong. hurmmm.. sokongan yang paling perlu, sebab aku selalu jadi lemah tanpa sokongan. 

Ya ALLAH, jadikanlah aku insan yang kuat menghadapi segala situasi dan jadikanlah aku insan yang selalu bersyukur dengan apa yang ada, menyedari kelemahan diri dan berusaha untuk meningkatkannya,..AMIN...


Kronologi Interview SPP..

15 hb Februari 2011
7.30 pg~ 11.00 pg
Sambutan Maulidur Rasul SMKSKI

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Begitu meriah sambutan Maulidur Rasul, Terasa dalam sanubari setiap pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. Rasul yang Allah utuskan buat ummat Islam. Majlis dimulai dengan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Hajat, Bacaan Yasin, Selawat dan Ceramah mengenai perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Semoga anak-anak akan sentiasa mengingati Rasul utusan Allah ini dalam kehidupan seharian...

SoLat Sunat Dhuha & Solat Hajat serta Bacaan Yasin

Khusyuk membaca Yasin 

Senyuman terukir mendengar ceramah Ustaz yg menarik...
2.30~6.00
Perjalanan Ke Tempat Interview
Taxi!!

Aku bersyukur kerana disini aku bertemu dengan akak dan abang teksi yg baik, mengambil berat dan memahami. Aku menjadi antara pelanggan tetap mereka. Aku sangat kagum dengan k.salina yg belajar sambil berkerja. She is very hardworking. besides study, she also working as taxi driver and insurance's agent. banyak cerita yang kami kongsikan bersama sepanjang perjalan ke Stesen Komuter Padang Jawa. 

Komuter (KTM)
Perjalanan ke KL Sentral

Aku nak ceritakan pengalaman ku berjumpa dengan seorang pelancong dari China dan seorang auntie.. pertemuan yang menarik. Makcik dan pelancong wanita ni bercakap dalam Bahasa Inggeris. Aku hanya mendengar perbualan mereka.... She is just a nice's butterfly, sbb ape tau, dia seorang guru Bahasa Inggeris yang bercuti 10 hati semata-samata nak kenal negara lain. Dan malaysia pilih sebagai negara pertama. PROUD TO BE MALAYSIAN!! Dia kagum dengan negara kita yang banyak tempat menarik untuk dilewati dan orang kita yang peramah. Dia baru sahaja balik dari pulau pinang dan tempat seterusnya yang bakal dia kunjungi ialah pulau perhentian. yang betul-betul menarik perhatian ku ialah  dia bersendirian, dia banyak mendapatkan maklumat mengenai negara ini melalui kawan-kawan di internet. Tak dapat bayangkan jika aku berada ditempatnya.

KL Sentral ke Putrajaya

Berbanggalah dengan negara kita lebih-lebih lagi dengan sistem kemudahan pengangkutan yang canggih. Aku ke putrajaya dengan menaiki ERL, aku tidak pasti ERL tu state for what.. Tetapi sistem transip aliran ringan ini amat pantas. 

17 februari 2011
bilik interview 8,
SPP, Putrajaya
12.15~1.45

Berpeluh-peluh aku untuk ke tempat temuduga, debaran dihati juga kuat, amat kuat, aku hanya mampu berdoa. Telah banyak yang kulalui untuk ke peringkat ini, semoga Tuhan mempermudahkan perjalanan interview yang kurasakan amat sukar tuk dilalui. Aku mempercepatkan langkah menuju ke bilik temuduga kerana waktu untuk ditemuduga sudah hampir tiba. Apabila samapai ke pejabat SPP, aku masuk dengan iringan doa, semoga Tuhan mendengar keluh kesah hati ku. Aku melihat ramai cikgu-cikgu yang menanti ku didalam. ada 10 bilik yang disediakan. Aku merenung bilik-bilik itu sambil namaku di panggil. Hanya doa yang mampu kupanjatkan.

Waktu ditemuduga pun tiba, kami (3 orang termasuk aku) dipanggil masuk kedalam. Aku memberi salam dan kami diminta duduk. Aku cuba mengingati nama penemuduga ini. Tuan Haji Hussain b Tuan Haji Harun.  Kami diminta untuk menceritakan latar belakang kami dan soalan-soalan yang berikut menyusul. Keadaan yang pada mulanya aku rasakan amat tegang menjadi ringan dan seronok. Barulah kurasakan pertemuan ini amat bermakna. Tuan Haji banyak memberikan ilmu yang sebelum ini kami tidak pernah menyedarinya. Katanya, sesebuah negara akan membangun dan maju dengan adanya modal insan yang mantap yakni mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan berakhlak mulia. Modal-modal inilah yang akan dikeluarkan oleh para pendidik termasuklah ibubapa.. Ingin rasanya aku meminta izin untuk mengambil buku catatan ku, untuk aku menulis setiap bait kata yang dituturkannya. Tetapi prosedur interview menghalang niatku. Lantas ku simpan ke dalam CPUku yang semakin sesak dengan pelbagai perkara. Aku kagum dengan insan ini yang berjaya membuka mata hati kami yang masih memerlukan bimbingan dan nasihat dalam bidang pendidikan yang mencabar. Kurasakan azam tuk melihat anak-anak bangsa ku berjaya makin tinggi. Pertemuan 1 jam setengah ini kurasakan sekejap sahaja. Semoga nasihat dari tuan haji akan selalu menjadi penguat semangat ku. Pertemuan ini akan disambung dialam maya, kerana setiap yang bermula memerlukan pembimbing, penasihat..Terima Kasih Tuhan. Syukur pada MU yang dapat membaca setiap niat ku, setiap bisikku.. Semoga urusan alam pendidikan ini sentiasa menjadi mudah.

Perjalanan Balik
2.30 ptg

Dr bus, naik ERL, komuter seterusnya teksi.. Ya Allah terima kasih. Terima kasih kepada yang banyak menyokong perjalanan ini, mak, abah, rakan-rakan, seterusnya anak-anak. One million of THANK to all of you. without you all, i'm nothing.. Doakan saya semoga saya akan dapat meneruskan perjalanan ini dengan mudah. AMINN.................Sujud syukur pada hanya padaMu..

Salah Satu Masjid di Putrajaya




Dalam Bas. Perjalanan Balik Selepas Temuduga

Wednesday, January 19, 2011

.."couple"

...Al-Kisah suatu cerita. Hari ini memang aku banyak sangat kelas, smpai tak sempat nak makan, tetapi aku kena makan gak, nnt takla menyusahkan orang lain, mana lah tahu pengsan.. Sampai je kt kantin, ternampak lak sepasang anak ku duduk bertenggek di meja makan kantin. Apa lagi aku pon kacau lah diaorang 'dating'..Amboi, asal ade mase je diaorang ni.. (i'm sitting in front of them) dan makan. lantak lah diaorang nak kata apa.. aku pun tegur la, "duduk jauh-jauh boleh tak?"..boleh yang sang lelaki tu menjawab, "jauh dah la ni cikgu", dalam hati ("sabar je la")...kalo dilayan kang sakit hati.. Aku pun mulalah bercerita tentang kisah hidupku yang lepas-lepas, cinta monyet ku yang tak kemana. Diharapkan ada sedikit yang terlekat di memori dan benak mereka. 

     Cinta monyet atau nama saintifiknya monkey love ni, tak semuanya berakhir dengan kegembiraan. kajian telah membuktikan hanya 10 peratus yang bercinta di sekolah yang kekal sehingga ke gerbang perkahwinan, yang lain? kawen ngan pilihan keluarga, dengan pilihan di universiti, dan lain-lain. ini disebabkan faktor 'perjalanan hidup yang masih jauh'. yup, dats rite!!!. Aku sokong sangat sebab aku ada je kawan yang bercinta bagai nak rak di sekolah kawen dengan orang lain akhirnya. 

LOVE??

     Akan tetapi remaja sekarang, mereka tidak melihat masa depan kerana apa yang mereka fikirkan adalah masa sekarang yang sangat menyeronokkan, hari-hari datang sekolah, apabila melihat sang kekasih di depan mata, semangat untuk belajar makin kuat (kalau yang belajar lah), study sama-sama, makan sama-sama. apa yang membimbangkan jika berlakunya perselisihan faham, bergaduh, tidak senang antara kedua-duanya, akan memberi kesan yang sangat besar dalam diari persekolahan mereka, tumpuan untuk belajar menurun, akibatnya, keputusan yang tidak lagi cemerlang, tidak datang ke sekolah, dan yang paling besar gangguan emosi yang sangat teruk. 

    Ada juga yang hilang pedoman hingga berlakunya pelbagai kes sosial yang teruk, terlanjur dan sebagainya.


Semoga anak-anak ini akan sentiasa diberi peringatan dan waras dalam setiap apa yang mereka buat, semoga hanya kejayaan yang menghuni segenap ruang hidup mereka. Amin... 



Saturday, January 15, 2011

Senarai Tugas~~

Banyak betul tugas yang perlu dilaksanakan..Awal-awal tahun memang banyak tugas ekk.. Ini mungkin faktor-faktor yang buat aku lambat menyiapkan tugas-tugas tersebut:
  1. Aku ni jenis manusia yang suka buat keje "last" minit, (suka melangah-lengahkan kerja) ape-apa kerja pun, termasuklah "iron" baju..=)
  2. Aku tengah menyesuaikan diri dengan keadaan. (tak pernah kot sampai banyak kerja kena siapkan dalam satu hari dalam hidup aku)
  3. Aku ni jenis buat kerja semua nk "perfect", nk hasil yang cantik,kemas, "complete". tak puas hati kalo hasil yang kurang menarik.

InsyaAllah, pasni aku akan perbaiki mana yang kurang.

Ini pulak senarai tugas yang tiap-tiap hari aku kena hadap, suka ke.., tak suka ke....da memang tanggungjawab aku:
  • Tulis buku rancangan mengajar
  • Tanda buku pelajar
  • "Study", apa yang perlu aku ngajar esok
  • Tanda kehadiran pelajar
  • Tulis peratus kehadiran pelajar pada "whiteboard"
  • Buka dan tutup stor penyapu dan penyodok
Ini pula senarai tugas tambahan, tak perlu buat hari-hari, tapi kujadikan "homework" ku..
  • Isi data SMM murid.(tak siap ag)
  • Buat dokumentasi.(tak buat pun ag)
  • Periksa fail pelajar.(tak buat ag)
Sabar dan Ikhlas merupakan kunci utama. semoga ketabahan sentiasa menjadi kunci dalam setiap langkah ku.. Kebahagiaan ku kini terletak pada baik dan buruknya pelajar-pelajar ku..u i love...

Friday, January 14, 2011

..Buku Rekod Mengajar...Owh Buku Rekod Mengajar..


Kesal pun tak guna, memang salah sendiri, sape suh tak tulis buku rekod mengajar..nk dijadikan cerita 4 hb Jan 2011 (hari kedua persekolahan) tak salah aku, tengah aku syok dok cerita kt anak-anak aku buku yang patot ade tuk mata pelajaran BM, PPD datang observe.. huhu bila pandang je diaorang aku rase tersangat la kecut perut.. diaorang mintak buku rekod ni, mula-mula diaorang tanya da buat ke belum RPH (Rancangan Pelajaran Harian) arini, aku dengan gugup ckp dah siap, (sebenarnye tak) bila diaorang suh tunjuk, terang-terang lagi bersuluh aku tak buat.. alasan aku, aku byk sgt keje nk kena buat.. aku malu..hari tu aku rasakan hari yang paling "worse" dalam hidup aku semenjak aku jadi guru...selepas diaorang pergi, aku rase dunia aku gelap sekejap. aku tak leh nk fokus dalam kelas. aku pandang je anak-anak ku yang tak bersuara.  aku minta maaf banyak-banyak, tak pernah aku terkena mcmni.. kerja yang banyak, dan  tambahan pula aku tak tau nk wat cne antara  sebab aku tak tulis.. nama ku yang pastinya sampai ke laporan PPD.

"....dlm byk2 hari, aku rase hari ni hari yg paling sedey.....aku perlu tabah...Tuhan bg ujian sebab tanak aku lupa Dia dlm ape je yg aku wat....Semoga aku selalu jadi insan yang tabah........"

Post yang aku tulis kt FB hari tu... sedey ya amat.. 

Bila fikir-fikir balik tak pela, nk wat cne mmg salah aku, lagipon aku ade sbb tersendiri kenapa aku tak buat, bukan aku sengaja, lagipun sebelum ni mane ade aku tak buat, betul la, imej aku lain kire, imej sekolah yg patut dijaga..... sakit,jerit, payah aku di bidang ni, akan aku jadikan pedoman, pengajaran pada masa hadapan.. kalau bukan aku dan guru-guru lain yang mewarnai bidang ni, siapa lagi...hanya yang tabah yang benar-benar boleh merasai kebahagiaan yang hakiki.

....tetibe..

tetibe rase blog ni cam poyo je..hehe kate ajar bahasa melayu...ape pun, ni diari aku, so tak kisahla...tak de orang bukak..hmm, kite sambung cerita...arini, rasa penat sangat..tak tau la kenapa, tgk list keje yang panjang...sampai 5 item.. aku ni jenis buat keje last minit...padan muke...skrg ni tengah belajar buat keje cepat.
huhu~~~..list keje sehari, tp tak semua aku buat pon..aku ni jenis suke fokus kt satu-satu keje je...
meja kerja ku yg agak ok, tapi after wat keje tak tau la jadik ape..
sepanjang tempoh aku dibidang ni,, aku merasakan tahap kesabaran aku hampir hilang, kenapa hanya aku yang menghargai mereka, mereka langsung tidak mempedulikan sakitnya diriku, keluh kesah ku, aku bagaikan hanyut dalam emosi sendiri. aku harus bagaimana ya Tuhan....bila la aku nak ade pengalaman handle budak-budak yang bermasalah ni. aku konfius , Tuhan.... aku sedih... aku rasa tahap semangat aku down sgt2...


lambakan kerja yang paling buat aku tak seronok.. kadang-kadang aku rasa tak sempat nk buat apa-apa sepanjang hari..tapi sampai bila aku harus jadi insan yang banyak mengeluh, banyak merungut...ntah la, begini agak nya suasana sekolah yang bertaraf  Elit. baru 3 minggu, tapi aku rasakan beban kerja yang sgt dasyat, bayangkan aku pernah tak sempat solat kerana aku terlalu sibuk menguruskan pelbagai perkara. fokus aku, aku rasakan bukan pada anak-anak, namun pada kerja-kerja lain.
kena masukkan data murid ke data SMM.keje ni mau berhari-hari aku nk siapkan.
rekod profil murid yang agak leceh nk kena periksa satu-satu..

sujudku pada Mu YA ALLAH..mohon di lembutkan hatiku, ditabahkan hati ku menempuh ujian-ujian dari Mu...semoga inilah tirai kerjaya seorang guru yang bakal ku tempuh dengan azam untuk melihat anak-anakku kenal tentang hidup. mengalah bukan sifatku.. aku tahu Tuhan sentiasa disisi..