L

Wednesday, January 19, 2011

.."couple"

...Al-Kisah suatu cerita. Hari ini memang aku banyak sangat kelas, smpai tak sempat nak makan, tetapi aku kena makan gak, nnt takla menyusahkan orang lain, mana lah tahu pengsan.. Sampai je kt kantin, ternampak lak sepasang anak ku duduk bertenggek di meja makan kantin. Apa lagi aku pon kacau lah diaorang 'dating'..Amboi, asal ade mase je diaorang ni.. (i'm sitting in front of them) dan makan. lantak lah diaorang nak kata apa.. aku pun tegur la, "duduk jauh-jauh boleh tak?"..boleh yang sang lelaki tu menjawab, "jauh dah la ni cikgu", dalam hati ("sabar je la")...kalo dilayan kang sakit hati.. Aku pun mulalah bercerita tentang kisah hidupku yang lepas-lepas, cinta monyet ku yang tak kemana. Diharapkan ada sedikit yang terlekat di memori dan benak mereka. 

     Cinta monyet atau nama saintifiknya monkey love ni, tak semuanya berakhir dengan kegembiraan. kajian telah membuktikan hanya 10 peratus yang bercinta di sekolah yang kekal sehingga ke gerbang perkahwinan, yang lain? kawen ngan pilihan keluarga, dengan pilihan di universiti, dan lain-lain. ini disebabkan faktor 'perjalanan hidup yang masih jauh'. yup, dats rite!!!. Aku sokong sangat sebab aku ada je kawan yang bercinta bagai nak rak di sekolah kawen dengan orang lain akhirnya. 

LOVE??

     Akan tetapi remaja sekarang, mereka tidak melihat masa depan kerana apa yang mereka fikirkan adalah masa sekarang yang sangat menyeronokkan, hari-hari datang sekolah, apabila melihat sang kekasih di depan mata, semangat untuk belajar makin kuat (kalau yang belajar lah), study sama-sama, makan sama-sama. apa yang membimbangkan jika berlakunya perselisihan faham, bergaduh, tidak senang antara kedua-duanya, akan memberi kesan yang sangat besar dalam diari persekolahan mereka, tumpuan untuk belajar menurun, akibatnya, keputusan yang tidak lagi cemerlang, tidak datang ke sekolah, dan yang paling besar gangguan emosi yang sangat teruk. 

    Ada juga yang hilang pedoman hingga berlakunya pelbagai kes sosial yang teruk, terlanjur dan sebagainya.


Semoga anak-anak ini akan sentiasa diberi peringatan dan waras dalam setiap apa yang mereka buat, semoga hanya kejayaan yang menghuni segenap ruang hidup mereka. Amin... 



Saturday, January 15, 2011

Senarai Tugas~~

Banyak betul tugas yang perlu dilaksanakan..Awal-awal tahun memang banyak tugas ekk.. Ini mungkin faktor-faktor yang buat aku lambat menyiapkan tugas-tugas tersebut:
  1. Aku ni jenis manusia yang suka buat keje "last" minit, (suka melangah-lengahkan kerja) ape-apa kerja pun, termasuklah "iron" baju..=)
  2. Aku tengah menyesuaikan diri dengan keadaan. (tak pernah kot sampai banyak kerja kena siapkan dalam satu hari dalam hidup aku)
  3. Aku ni jenis buat kerja semua nk "perfect", nk hasil yang cantik,kemas, "complete". tak puas hati kalo hasil yang kurang menarik.

InsyaAllah, pasni aku akan perbaiki mana yang kurang.

Ini pulak senarai tugas yang tiap-tiap hari aku kena hadap, suka ke.., tak suka ke....da memang tanggungjawab aku:
  • Tulis buku rancangan mengajar
  • Tanda buku pelajar
  • "Study", apa yang perlu aku ngajar esok
  • Tanda kehadiran pelajar
  • Tulis peratus kehadiran pelajar pada "whiteboard"
  • Buka dan tutup stor penyapu dan penyodok
Ini pula senarai tugas tambahan, tak perlu buat hari-hari, tapi kujadikan "homework" ku..
  • Isi data SMM murid.(tak siap ag)
  • Buat dokumentasi.(tak buat pun ag)
  • Periksa fail pelajar.(tak buat ag)
Sabar dan Ikhlas merupakan kunci utama. semoga ketabahan sentiasa menjadi kunci dalam setiap langkah ku.. Kebahagiaan ku kini terletak pada baik dan buruknya pelajar-pelajar ku..u i love...

Friday, January 14, 2011

..Buku Rekod Mengajar...Owh Buku Rekod Mengajar..


Kesal pun tak guna, memang salah sendiri, sape suh tak tulis buku rekod mengajar..nk dijadikan cerita 4 hb Jan 2011 (hari kedua persekolahan) tak salah aku, tengah aku syok dok cerita kt anak-anak aku buku yang patot ade tuk mata pelajaran BM, PPD datang observe.. huhu bila pandang je diaorang aku rase tersangat la kecut perut.. diaorang mintak buku rekod ni, mula-mula diaorang tanya da buat ke belum RPH (Rancangan Pelajaran Harian) arini, aku dengan gugup ckp dah siap, (sebenarnye tak) bila diaorang suh tunjuk, terang-terang lagi bersuluh aku tak buat.. alasan aku, aku byk sgt keje nk kena buat.. aku malu..hari tu aku rasakan hari yang paling "worse" dalam hidup aku semenjak aku jadi guru...selepas diaorang pergi, aku rase dunia aku gelap sekejap. aku tak leh nk fokus dalam kelas. aku pandang je anak-anak ku yang tak bersuara.  aku minta maaf banyak-banyak, tak pernah aku terkena mcmni.. kerja yang banyak, dan  tambahan pula aku tak tau nk wat cne antara  sebab aku tak tulis.. nama ku yang pastinya sampai ke laporan PPD.

"....dlm byk2 hari, aku rase hari ni hari yg paling sedey.....aku perlu tabah...Tuhan bg ujian sebab tanak aku lupa Dia dlm ape je yg aku wat....Semoga aku selalu jadi insan yang tabah........"

Post yang aku tulis kt FB hari tu... sedey ya amat.. 

Bila fikir-fikir balik tak pela, nk wat cne mmg salah aku, lagipon aku ade sbb tersendiri kenapa aku tak buat, bukan aku sengaja, lagipun sebelum ni mane ade aku tak buat, betul la, imej aku lain kire, imej sekolah yg patut dijaga..... sakit,jerit, payah aku di bidang ni, akan aku jadikan pedoman, pengajaran pada masa hadapan.. kalau bukan aku dan guru-guru lain yang mewarnai bidang ni, siapa lagi...hanya yang tabah yang benar-benar boleh merasai kebahagiaan yang hakiki.

....tetibe..

tetibe rase blog ni cam poyo je..hehe kate ajar bahasa melayu...ape pun, ni diari aku, so tak kisahla...tak de orang bukak..hmm, kite sambung cerita...arini, rasa penat sangat..tak tau la kenapa, tgk list keje yang panjang...sampai 5 item.. aku ni jenis buat keje last minit...padan muke...skrg ni tengah belajar buat keje cepat.
huhu~~~..list keje sehari, tp tak semua aku buat pon..aku ni jenis suke fokus kt satu-satu keje je...
meja kerja ku yg agak ok, tapi after wat keje tak tau la jadik ape..
sepanjang tempoh aku dibidang ni,, aku merasakan tahap kesabaran aku hampir hilang, kenapa hanya aku yang menghargai mereka, mereka langsung tidak mempedulikan sakitnya diriku, keluh kesah ku, aku bagaikan hanyut dalam emosi sendiri. aku harus bagaimana ya Tuhan....bila la aku nak ade pengalaman handle budak-budak yang bermasalah ni. aku konfius , Tuhan.... aku sedih... aku rasa tahap semangat aku down sgt2...


lambakan kerja yang paling buat aku tak seronok.. kadang-kadang aku rasa tak sempat nk buat apa-apa sepanjang hari..tapi sampai bila aku harus jadi insan yang banyak mengeluh, banyak merungut...ntah la, begini agak nya suasana sekolah yang bertaraf  Elit. baru 3 minggu, tapi aku rasakan beban kerja yang sgt dasyat, bayangkan aku pernah tak sempat solat kerana aku terlalu sibuk menguruskan pelbagai perkara. fokus aku, aku rasakan bukan pada anak-anak, namun pada kerja-kerja lain.
kena masukkan data murid ke data SMM.keje ni mau berhari-hari aku nk siapkan.
rekod profil murid yang agak leceh nk kena periksa satu-satu..

sujudku pada Mu YA ALLAH..mohon di lembutkan hatiku, ditabahkan hati ku menempuh ujian-ujian dari Mu...semoga inilah tirai kerjaya seorang guru yang bakal ku tempuh dengan azam untuk melihat anak-anakku kenal tentang hidup. mengalah bukan sifatku.. aku tahu Tuhan sentiasa disisi..

Tuesday, January 11, 2011

Wahai anak-anak ku......

Aku tergamam, anak-anakku...Yang belum tahu apa tujuannya aku berdiri bersama mereka. Betapa tidak hormatnya mereka.. Aku kaku tanpa suara..Penat menjerit belum habis lagi, tersekat di kerongkong. Aku amat merasakan cabaran yang luar biasa. Ku tahan sendu ku aku tabahkan hati ku. Aku masih menyimpan keyakinan yang aku mampu untuk mendidik mereka, walau hatiku sakit. Perjalanan ini harus diteruskan. Mereka masih memerlukan aku. Lalu mengalir jua airmata ni dalam sujudku. aku harus bagaimana? 

wahai anak-anakku,

hargailah setiap pergorbanan guru-guru mu yang tanpa penat, tanpa lelah mendidikmu, untuk menjadi insan yang berguna. 

Thursday, January 6, 2011

27 September 2010

Alhamdulillah…aku dipostingkan ke sebuah sekolah dalam daerah Klang. Aku bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Tuhan buatku. Sujudku hanya pada Mu Ya Allah… setiap jerit, niat, bisikku hanya Kau yang tahu. Semoga Tuhan memberkati jalan hidup ku…Amin..

Sekolah yang bakal menerima baktiku adalah SMK Sungai Kapar Indah. Aku menjejakkan kaki ku kesekolah ini dengan harapan dan semangat baru semoga aku dapat membaiki diri, mencari pengalaman dan melaksanakan tugas-tugasku dengan baik. Perasaan ku amat gementar sekali, namun hidup ini perlu diteruskan, perjalanan ini perlu diteruskan.

Dan aku bahagia bertemu dengan anak-anak yang cepat mesra, mudah ketawa, dan senang bercerita dengan ku. Aku halusi mereka dengan pengalaman-pengalaman ku sebelum ini.

Hari pertama (28 September 2010) aku masuk ke kelas adalah hari yang paling menakutkan. Ini kerana aku sukar untuk berkomunikasi dengan mereka, tambahan pula kelas agak bising. Aku kekok untuk mengenali mereka, gambaran ku  sebelum ini amat berlainan sekali. Mengajar di sekolah yang ku anggap ‘bandar’ ini amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Aku masih ingat kelas pertama yang aku masuk adalah kelas 2 Gigih. Apabila ku pandang wajah-wajah tanpa takut anak-anak kepada ku aku mula berfikir, dimana aku, apa yang perlu aku buat untuk menarik perhatian mereka. Aku bersabar dan bertenang. Anak-anak lansung tidak memandang kearah ku, nasib baik dalam suasana begitu ada yang bertanya, cikgu ganti guru kami ke? Aku pun berbual dengan anak itu, dia berkata keadaan kelas selalu begini jika guru baru masuk atau tiada guru masuk. Aku meneguk air liur. Dalam hatiku berkata mereka perlu diserap dengan rasa hormat kepada guru dan orang lain.

Kelas yang seterusnya aku masuk adalah kelas yang agak ok dari segi pencapaian- kelas 2 Dedikasi. Alhamdulillah, mereka lebih ‘friendly’ dan ada rasa hormat pada guru. Aku memperkenalkan diri dan meyampaikan sedikit pesanan buat mereka.

Renungan ku;
Tidak semua orang bernasib baik dalam hidup mereka. Begitu juga anak-anak. Hanya yang betul-betul yakin boleh Berjaya akan Berjaya. Sebagai guru bagaimana hendak meyakinkan mereka bahawa mereka boleh Berjaya?. Dan aku berharap ada jalan untuk mereka Berjaya dan menjadi manusia yang berguna.

Hari-hari yang ku lalui seterusnya adalah hari-hari suka dan duka. Setiap hari selepas balik dari sekolah aku sentiasa berfikir untuk memperbaiki mutu pengajaran ku. Sekurang-kurangnya setiap hari, ada perkara yang masuk ke dalam minda, hati dan sanubari anak-anak supaya mereka tidak mudah lupa dimana mereka. Supaya mereka tidak mudah jatuh tersungkur dalam dunia yang penuh cabaran ini. Supaya ada sesuatu yang menjadi azimat buat mereka untuk terus berada dikalangan orang yang baik. Semua guru mengharapkan perkara yang sama. Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru dibalas dengan airmata gembira.

Teringat pada kata-kata ini:
“Jika seorang doktor melakukan kesilapan, satu nyawa mungkin terkorban, tetapi jika seorang guru melakukan kesilapan, satu generasi akan musnah”


Perkhemahan di Janda baik, Pahang

Antara guru yang menyertai perkhemahan tersebut



Aku dan anak-anak. Peace!!!

Perhimpunan Guru 1Malaysia di Bukit Jalil


Hari Konvokesyen UPSI

Tuesday, January 4, 2011

18 Ogos 2010~27 September 2010

Waah……..Guru Ganti Bahasa Inggeris,  aku sangat teruja untuk kembali mengajar. Aku menggantikan pn. Sofiana Abu Bakar (SK Sri Wangi) kerana beliau cuti bersalin. Aku berasa sangat teruja apabila anak-anakku memanggil ku teacher..

Walaupun pertemuan ku dengan anak-anak kecil SK Sri Wangi ini hanya sekejap, namun aku seronok. Lebih-lebih lagi apabila mengajar bahasa kedua. Penuh cabaran. Banyak yang aku pelajari apabila mengajar subjek ini. Aku juga terpaksa membawa kamus setiap kali ke kelas dan beberapa kali anak-anak ku menegur cara pengajaran aku yang berlainan dengan cara teacher mereka sebelum ini. Apa pun aku pastikan mereka faham dengan apa yang aku ajari.

Aku amat rindukan warga Sk Sri Wangi, lebih-lebih lagi rakan serumahku, Husna dan k.ina..=)…Sedetik bersama seabad terasa.