L

Friday, January 14, 2011

..Buku Rekod Mengajar...Owh Buku Rekod Mengajar..


Kesal pun tak guna, memang salah sendiri, sape suh tak tulis buku rekod mengajar..nk dijadikan cerita 4 hb Jan 2011 (hari kedua persekolahan) tak salah aku, tengah aku syok dok cerita kt anak-anak aku buku yang patot ade tuk mata pelajaran BM, PPD datang observe.. huhu bila pandang je diaorang aku rase tersangat la kecut perut.. diaorang mintak buku rekod ni, mula-mula diaorang tanya da buat ke belum RPH (Rancangan Pelajaran Harian) arini, aku dengan gugup ckp dah siap, (sebenarnye tak) bila diaorang suh tunjuk, terang-terang lagi bersuluh aku tak buat.. alasan aku, aku byk sgt keje nk kena buat.. aku malu..hari tu aku rasakan hari yang paling "worse" dalam hidup aku semenjak aku jadi guru...selepas diaorang pergi, aku rase dunia aku gelap sekejap. aku tak leh nk fokus dalam kelas. aku pandang je anak-anak ku yang tak bersuara.  aku minta maaf banyak-banyak, tak pernah aku terkena mcmni.. kerja yang banyak, dan  tambahan pula aku tak tau nk wat cne antara  sebab aku tak tulis.. nama ku yang pastinya sampai ke laporan PPD.

"....dlm byk2 hari, aku rase hari ni hari yg paling sedey.....aku perlu tabah...Tuhan bg ujian sebab tanak aku lupa Dia dlm ape je yg aku wat....Semoga aku selalu jadi insan yang tabah........"

Post yang aku tulis kt FB hari tu... sedey ya amat.. 

Bila fikir-fikir balik tak pela, nk wat cne mmg salah aku, lagipon aku ade sbb tersendiri kenapa aku tak buat, bukan aku sengaja, lagipun sebelum ni mane ade aku tak buat, betul la, imej aku lain kire, imej sekolah yg patut dijaga..... sakit,jerit, payah aku di bidang ni, akan aku jadikan pedoman, pengajaran pada masa hadapan.. kalau bukan aku dan guru-guru lain yang mewarnai bidang ni, siapa lagi...hanya yang tabah yang benar-benar boleh merasai kebahagiaan yang hakiki.

....tetibe..

tetibe rase blog ni cam poyo je..hehe kate ajar bahasa melayu...ape pun, ni diari aku, so tak kisahla...tak de orang bukak..hmm, kite sambung cerita...arini, rasa penat sangat..tak tau la kenapa, tgk list keje yang panjang...sampai 5 item.. aku ni jenis buat keje last minit...padan muke...skrg ni tengah belajar buat keje cepat.
huhu~~~..list keje sehari, tp tak semua aku buat pon..aku ni jenis suke fokus kt satu-satu keje je...
meja kerja ku yg agak ok, tapi after wat keje tak tau la jadik ape..
sepanjang tempoh aku dibidang ni,, aku merasakan tahap kesabaran aku hampir hilang, kenapa hanya aku yang menghargai mereka, mereka langsung tidak mempedulikan sakitnya diriku, keluh kesah ku, aku bagaikan hanyut dalam emosi sendiri. aku harus bagaimana ya Tuhan....bila la aku nak ade pengalaman handle budak-budak yang bermasalah ni. aku konfius , Tuhan.... aku sedih... aku rasa tahap semangat aku down sgt2...


lambakan kerja yang paling buat aku tak seronok.. kadang-kadang aku rasa tak sempat nk buat apa-apa sepanjang hari..tapi sampai bila aku harus jadi insan yang banyak mengeluh, banyak merungut...ntah la, begini agak nya suasana sekolah yang bertaraf  Elit. baru 3 minggu, tapi aku rasakan beban kerja yang sgt dasyat, bayangkan aku pernah tak sempat solat kerana aku terlalu sibuk menguruskan pelbagai perkara. fokus aku, aku rasakan bukan pada anak-anak, namun pada kerja-kerja lain.
kena masukkan data murid ke data SMM.keje ni mau berhari-hari aku nk siapkan.
rekod profil murid yang agak leceh nk kena periksa satu-satu..

sujudku pada Mu YA ALLAH..mohon di lembutkan hatiku, ditabahkan hati ku menempuh ujian-ujian dari Mu...semoga inilah tirai kerjaya seorang guru yang bakal ku tempuh dengan azam untuk melihat anak-anakku kenal tentang hidup. mengalah bukan sifatku.. aku tahu Tuhan sentiasa disisi..

Tuesday, January 11, 2011

Wahai anak-anak ku......

Aku tergamam, anak-anakku...Yang belum tahu apa tujuannya aku berdiri bersama mereka. Betapa tidak hormatnya mereka.. Aku kaku tanpa suara..Penat menjerit belum habis lagi, tersekat di kerongkong. Aku amat merasakan cabaran yang luar biasa. Ku tahan sendu ku aku tabahkan hati ku. Aku masih menyimpan keyakinan yang aku mampu untuk mendidik mereka, walau hatiku sakit. Perjalanan ini harus diteruskan. Mereka masih memerlukan aku. Lalu mengalir jua airmata ni dalam sujudku. aku harus bagaimana? 

wahai anak-anakku,

hargailah setiap pergorbanan guru-guru mu yang tanpa penat, tanpa lelah mendidikmu, untuk menjadi insan yang berguna. 

Thursday, January 6, 2011

27 September 2010

Alhamdulillah…aku dipostingkan ke sebuah sekolah dalam daerah Klang. Aku bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Tuhan buatku. Sujudku hanya pada Mu Ya Allah… setiap jerit, niat, bisikku hanya Kau yang tahu. Semoga Tuhan memberkati jalan hidup ku…Amin..

Sekolah yang bakal menerima baktiku adalah SMK Sungai Kapar Indah. Aku menjejakkan kaki ku kesekolah ini dengan harapan dan semangat baru semoga aku dapat membaiki diri, mencari pengalaman dan melaksanakan tugas-tugasku dengan baik. Perasaan ku amat gementar sekali, namun hidup ini perlu diteruskan, perjalanan ini perlu diteruskan.

Dan aku bahagia bertemu dengan anak-anak yang cepat mesra, mudah ketawa, dan senang bercerita dengan ku. Aku halusi mereka dengan pengalaman-pengalaman ku sebelum ini.

Hari pertama (28 September 2010) aku masuk ke kelas adalah hari yang paling menakutkan. Ini kerana aku sukar untuk berkomunikasi dengan mereka, tambahan pula kelas agak bising. Aku kekok untuk mengenali mereka, gambaran ku  sebelum ini amat berlainan sekali. Mengajar di sekolah yang ku anggap ‘bandar’ ini amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Aku masih ingat kelas pertama yang aku masuk adalah kelas 2 Gigih. Apabila ku pandang wajah-wajah tanpa takut anak-anak kepada ku aku mula berfikir, dimana aku, apa yang perlu aku buat untuk menarik perhatian mereka. Aku bersabar dan bertenang. Anak-anak lansung tidak memandang kearah ku, nasib baik dalam suasana begitu ada yang bertanya, cikgu ganti guru kami ke? Aku pun berbual dengan anak itu, dia berkata keadaan kelas selalu begini jika guru baru masuk atau tiada guru masuk. Aku meneguk air liur. Dalam hatiku berkata mereka perlu diserap dengan rasa hormat kepada guru dan orang lain.

Kelas yang seterusnya aku masuk adalah kelas yang agak ok dari segi pencapaian- kelas 2 Dedikasi. Alhamdulillah, mereka lebih ‘friendly’ dan ada rasa hormat pada guru. Aku memperkenalkan diri dan meyampaikan sedikit pesanan buat mereka.

Renungan ku;
Tidak semua orang bernasib baik dalam hidup mereka. Begitu juga anak-anak. Hanya yang betul-betul yakin boleh Berjaya akan Berjaya. Sebagai guru bagaimana hendak meyakinkan mereka bahawa mereka boleh Berjaya?. Dan aku berharap ada jalan untuk mereka Berjaya dan menjadi manusia yang berguna.

Hari-hari yang ku lalui seterusnya adalah hari-hari suka dan duka. Setiap hari selepas balik dari sekolah aku sentiasa berfikir untuk memperbaiki mutu pengajaran ku. Sekurang-kurangnya setiap hari, ada perkara yang masuk ke dalam minda, hati dan sanubari anak-anak supaya mereka tidak mudah lupa dimana mereka. Supaya mereka tidak mudah jatuh tersungkur dalam dunia yang penuh cabaran ini. Supaya ada sesuatu yang menjadi azimat buat mereka untuk terus berada dikalangan orang yang baik. Semua guru mengharapkan perkara yang sama. Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru dibalas dengan airmata gembira.

Teringat pada kata-kata ini:
“Jika seorang doktor melakukan kesilapan, satu nyawa mungkin terkorban, tetapi jika seorang guru melakukan kesilapan, satu generasi akan musnah”


Perkhemahan di Janda baik, Pahang

Antara guru yang menyertai perkhemahan tersebut



Aku dan anak-anak. Peace!!!

Perhimpunan Guru 1Malaysia di Bukit Jalil


Hari Konvokesyen UPSI

Tuesday, January 4, 2011

18 Ogos 2010~27 September 2010

Waah……..Guru Ganti Bahasa Inggeris,  aku sangat teruja untuk kembali mengajar. Aku menggantikan pn. Sofiana Abu Bakar (SK Sri Wangi) kerana beliau cuti bersalin. Aku berasa sangat teruja apabila anak-anakku memanggil ku teacher..

Walaupun pertemuan ku dengan anak-anak kecil SK Sri Wangi ini hanya sekejap, namun aku seronok. Lebih-lebih lagi apabila mengajar bahasa kedua. Penuh cabaran. Banyak yang aku pelajari apabila mengajar subjek ini. Aku juga terpaksa membawa kamus setiap kali ke kelas dan beberapa kali anak-anak ku menegur cara pengajaran aku yang berlainan dengan cara teacher mereka sebelum ini. Apa pun aku pastikan mereka faham dengan apa yang aku ajari.

Aku amat rindukan warga Sk Sri Wangi, lebih-lebih lagi rakan serumahku, Husna dan k.ina..=)…Sedetik bersama seabad terasa.

10 Mac 2010~28 Mei 2010

Aku menjalani latihan mengajar di SMK Ketereh, SMK Ketereh menyambutku dengan manis sekali, pertemuan dengan mekni, mekzah, k.gee dan fikri sebagai rakan latihan mengajar juga menarik. Taman orkid kami menjadi bukti hasil usaha kami. Walaupun kami masih baru, kami amat teruja di pentas persembahan sempena hari guru. Lagu kisah guru praktikal kami dendangkan dengan bersemangat sekali. Siapa lagi yang ingin mulakan kalau bukan kami? Walaupun agak gementar, guru perlu sporting, baru lah pelajar akan menghargai dan seterusnya menghormati. Itulah tujuan kami. Terima kasih kawan-kawan.

Aku tidak tahu dimana kemanisan itu bermula, tetapi kurasakan mendidik anak-anak diperingkat yang kuanggap remaja ini lebih seronok berbanding anak-anak kecil. Debaran aku pada mulanya, tidak berterusan malah sehari ke sehari aku seronok bertemu dengan mereka. Tingkatan 4 Akik, 4 Beta dan 5 Firus menjadi ruang aku mengenali mereka. Setiap kali aku masuk kelas, aku akan hiasi kelas kami dengan ceria, aku tidak serius semasa mengajar, tetapi aku pastikan pelajar-pelajar ku faham dengan apa yang diajar dan memastikan mereka membuat kerja. Anak-anak penyambung generasi ini kuanggap amat memerlukan aku sebagai seorang guru. Aku jadikan mereka kawan, tetapi syaratku kena menghormati aku. Mereka juga aku sarankan berjumpa ku jika ada masalah.

Maha Suci Allah, aku berjumpa anak-anak yang riang, mendengar cakap dan amat mesra dengan ku. Tempoh 3 bulan itu kurasakan amat sekejap.  4 Akik, 4 Beta, 5 Firus, dan kelas-kelas lain, cikgu amat sayangkan kamu semua. Setiap langkah cikgu adalah langkah-langkah kamu. May Allah bless all of you.

Reaksi dan tanggapan dari anak-anak terhadap diriku amat penting. Ini kerana aku sentiasa boleh merubah sikapku, gaya pengajaran dan lain-lain. Alhamdulillah melalui laman maya facebook, reaksi mereka amat positif. Ada yang buatkan video, ada yang berterima kasih dan ada yang mengatakan amat rindu untuk melihat aku masuk ke kelas mereka semula. Tak lupa juga yang tidak tahu langsung aku bakal meninggalkan mereka dan terkejut apabila melihat aku tidak ke kelas. Alahai, anak-anakku…… terima kasih banyak-banyak untuk semua penghargaan itu, apa lagi yang lebih bermakna dari semua ini.
Anak-anak tengah belajar kawad

Baris!!, Baris Sedia!!

Perkhemahan Badan Beruniform di Agrotek Setiu
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 
Kelas Tambahan Matematik
Jamuan Perpisahan Cikgu Liana

''Taman Orkid Jadi Saksi''

Mekzah, Mekni dan Aku. Fikri dan K.G tak leh masuk sebab diaorang da kawin. hehehe

Setelah habis latihan mengajar, maka tamatlah pengajian aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Segala ilmu, pengalaman dan nasihat yang berguna dari pensyarah, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan ku selitkan dalam memori menjadi azimat yang paling bermakna dalam hidupku. Syukur Ya Allah diatas anugerah ini. Semoga amanah ini dapat ku laksanakan dengan baik sepanjang aku di bidang ini. Amin.

DPLI 2009/2010- 22 Jun 2009~24 Jun 2010

Alhamdulillah, akhirnya niatku untuk menjejakkan kaki ke universiti pendidikan ini terlaksana. Selepas tamat program matrikulasi lagi aku sudah bercita-cita untuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Ini kerana hasrat ibuku yang mahu melihat anaknya menjadi seorang guru walaupun ketika itu aku tidak berminat untuk menjadi seorang guru. 
Aku suka membuat refleksi tentang diriku, percayalah!!, aku sampai ketahap ini adalah kerana aku sentiasa mengutamakan saranan ibuku. Doa-doanya membawa aku ke medan ini. Thank you, mom.




Aku pun tidak tahu dimana kekuatan aku semasa aku belajar di tanjung malim ini. Tetapi keadaannya jauh berbeza semasa aku menuntut di UITM dulu. Semangatku membuat presentation dan microteaching tidak seperti yang ku rasai sebelum ini.

B.I.G (bina insan guru), “the big day as our big heart”. >>itulah kenyataannya. Sepanjang berada di UPSI ini, inilah detik yang aku rasakan amat bererti. Ini kerana modul-modul yang disediakan sepanjang berada di kem ini amat melengkapkan diri kami sebagai seorang guru. Aku amat berterima kasih kerana ditemukan dengan En.Aziz Bin Yatim salah seorang pensyarah dan juga kaunselor upsi. Walaupun tempoh BIG itu singkat, namun beliau telah mengisi hati-hati ikhlas kami dengan pengalaman-pengalaman beliau, nasihat tentang cara dan gaya seorang guru yang disukai dan dihormati pelajar dan sebagainya. Pendekatan A-A (adult-adult) amat meninggalkan kesan pada diriku. U I love.

Kami juga diperkenalkan dengan satu lagu yang amat puitis, yang amat menyentuh perasaan. Pada mulanya aku sendiri kurang yakin dengan bait-bait lirik yang ditulis, namun setelah berulang kali aku menyanyikan lagu ini, barulah kutahu isi nya yang mendalam.

Lagu: harga remaja
Berapakah sebenarnya harga remaja,
Yang bersih dari gelora kecewa,
Berapakah sebenarnya harga remaja,
Bagaai kan kehijauan pohon di perjalanan
Korus:Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remaja mu adakah cuka
Kesangsian dari cinta murah atau madu
Ajaran dari ilmu susah,
Remaja amat mahal sesungguhnya,
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian

Segala-galanya kusimpan dalam memori ku supaya menjadi pedoman sepanjang ku berada di alam ini.
"Our Big Day as Our Big Heart"

penat tapi berbaloi....

K.A.M.I

Rakan-rakan seperjuangan...


"The Memorable Day at Kalumpang Resort"